Seperti biasa saya titipkan sebuah lagu iringan untuk hiburan bersama.
Thursday, September 22, 2011
Ahlil Jemaah Surau
Kini di surau kampung saya ada perkembangan baru. Ada beberapa orang pendatang berizin dari Indonesia mula berjinak jinak di surau.
Seperti biasa saya titipkan sebuah lagu iringan untuk hiburan bersama.
Seperti biasa saya titipkan sebuah lagu iringan untuk hiburan bersama.
Thursday, February 24, 2011
MAKE LOVE NOT WAR



Ramai yang beranggapan peperangan itu tidak perlu. Penulis beranggapan peperangan adalah satu mekanisme semulajadi harakah manusia untuk melakukan pembersihan. Apapun harapan sejagat ialah semua insan melakukan segalanya agar tidak memungkinkan adanya keperluan untuk melakukan perperangan.
Sebagaimana lazimnya terimalah satu video era 60 han yang dicilok dari Youtube untuk tuntunan bersama.
* Pakaian kumpulan musik The Steam ( terma lama Bahasa Melayu ialah kugiran ) ini kalau di ukur dari penilaian sekarang sungguh " uncool".
Sunday, March 28, 2010
Ahmad Jais
Ahmad Jais ialah seorang penyanyi . Dia pandai menyanyi. Tiap tiap hari Ahmad Jais menyanyi. Sekarang Ahmad Jais dah tua , orang panggil dia Datuk Ahmad Jais
Thursday, August 13, 2009
REFORMASI
Gerakan reformasi adalah sejenis gerakan sosial yang bertujuan untuk membuat perubahan bertahap, atau perubahan pada aspek tertentu dari masyarakat yang berbeza dari gerakan yang lebih radikal seperti gerakan social yang radikal seperti gerakan revolusi. Ide para reformis sering betunjang liberalisme, meskipun mungkin berakar dalam utopisma, sosialisme atau agama konsep. Beberapa tokoh reformis mengendalikan transformasi peribadi seperti Mahatma Gandhi dengan ikon alat pemintal kain dan perubahan ekonomi desa sebagai cara dan alat dalam perubahan social meskipun ianya hanya satu simbol. Timbal balas dari gerakan ini akan ujud gerakan jumud yang akan berusaha untuk menggagalkan usaha ini dan menempatkan sesuatu kembali dengan cara apapun sebelum ide ini berhasil, atau mencegah keberhasilannya dari awal lagi. Seperti biasanya penulis titipkan irama yang dianggap bersesuaian untuk tulisan tulisan nya. Ada sebuah lagu yang berintipati kritisme dan satu lagu yang lebih santai dari era beatniks yakni The Beatles.Wednesday, July 22, 2009
Haji Abdul Rahman Limbong

Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.Bagaimanapun ahli-ahli sejarah tidak mencatatkan secara komprehensif peranan besar Tok Limbong selain dakwaan beliau mengepalai sekumpulan penduduk Hulu Terengganu mengangkat senjata bagi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara pada sekitar 1920-an.Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan Tani Terengganu",
Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja.Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.
Cicit beliau, Mohd Ghazali Abdullah berkata moyangnya yang dibesarkan di Pahang menerima gelaran Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong kerana beliau pernah berkampung di satu tempat bernama Limbong di Kemaman. Kampung itu juga menjadi persinggahan tetapnya ketika mengendalikan urusan perniagaan di pesisiran pantai.Mohd Ghazali berkata pembabitan moyangnya dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.
Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.Menurut Mohd Ghazali peraturan yang menindas itu menyebabkan sekumpulan petani di Hulu Terengganu melancarkan bantahan dengan tidak mengendahkan larangan terhadap pengambilan tumbuh-tumbuhan liar itu sepanjang Julai dan Ogos 1921.Akibatnya, 43 orang daripada petani terbabit telah disaman dan dibicarakan di mahkamah rendah Kuala Terengganu atas tuduhan membuka tanah tanpa kebenaran.
Walaupun sibuk dengan urusan perniagaan dan dakwah, peristiwa itu menggamit Tok Limbong untuk tampil membantu. Lantas beliau memohon dan memperolehi lesen untuk membela nasib petani-petani berkenaan dalam perbicaraan yang menarik tumpuan ribuan rakyat Terengganu.Dengan menggunakan panduan daripada Quran dan sunnah Rasul, walaupun dalam perbicaraan yang dijalankan di mahkamah sivil, pihak pendakwa gagal mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan Tok Limbong, sekali gus memberi kemenangan kepada 43 petani terbabit.Kemenangan sekali lagi berpihak kepada Tok Limbong ketika kes itu diulangbicara di mahkamah tinggi.Tok Limbong yang berniaga menggunakan "perahu besar" dikatakan sedang berada dalam perjalanan dari Beserah di Pahang ke Legor di Thailand apabila sekumpulan penduduk yang terlalu benci dengan kehadiran Inggeris di tanahair mereka melancarkan kebangkitan bersenjata di Padang Kacong, Telemong, Hulu Terengganu pada 21 Mei 1928.Ia adalah susulan beberapa serangan yang menyaksikan antara lain pihak pejuang berjaya menawan balai polis Kuala Berang.
Dalam pertempuran di Padang Kacong itu, 12 penduduk kampung, termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Tok Janggut (bukan Tok Janggut yang terbabit dalam kebangkitan menentang penjajah di Kelantan) terkorban akibat tembakan.Pihak Inggeris yakin Tok Limbong adalah dalang di sebalik kebangkitan itu dan terus mengenakan tekanan ke atas Sultan agar meletakkan Tok Limbong dalam tahanan.Tok Limbong dipanggil menghadap Sultan Sulaiman di Istana Maziah, walaupun urusan perniagaan dan dakwahnya belum selesai ketika itu.Tanpa sebarang perbicaraan, Tok Limbong ditahan dan seterusnya dibuang negeri, mula-mula ke Singapura di bawah tahanan pihak berkuasa Negeri-negeri Selat dan selepas itu ke Mekah di mana beliau meninggal dunia 15 bulan kemudian.Menurut Mohd Ghazali, semasa di Mekah moyangnya menginap di sebuah rumah wakaf berhampiran Masjidil Haram di mana beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya mengajar agama. Malangnya janji kerajaan negeri ketika itu untuk menghantarnya elaun bulanan jika beliau berangkat ke Mekah tidak pernah dikota.GENERASI WARISANTidak banyak yang diketahui tentang apa yang berlaku selepas itu, terutama tentang harta benda dan urusan perniagaannya, kecuali generasi warisannya yang masih ramai boleh ditemui di sekitar Pulau Musang, Kuala Terengganu dan makam 12 pahlawan Melayu itu yang diabadikan di Padang Kacong, Kuala Telemong.Walaupun sejarah tidak mencatatkan bahawa batang tubuh Tok Limbong pernah turun ke gelanggang tempur, yang pastinya semangat juang yang ditiup ke dalam sanubari orang Melayu ketika itu sedikit sebanyak turut mempengaruhi semangat generasi selepasnya untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Friday, July 17, 2009
Sampai Pagi

Dangdut is a genre of art music that developed in Indonesia. This form of music rooted in Malay music from the 1940s. In its evolution to contemporary forms, influence of music elements of India (especially the use of the tabla) and Arabic (in the twisted and harmonization).In the late 1960s , the influence of western music with a strong use of electric guitar has entered into the genre . Since 1970s Dangdut can be said to has evolved to its contemporary form.
As popular music, Dangdut is open to the influence of other forms of music, ranging from Keroncong, melody, gamelan, gambus, rock, pop, and even house music.
The opening up of dangdut halls in Malaysia have given rise to a vibrant sub culture and prominent male and female dancers.
Wednesday, July 15, 2009
Agent Orange

Ketika Perang Nusa Vietnam antara 1962 dan 1971 , Amerika Syarikat telah menyembor 77 juta liter kimia penggugur daun di Vietnan Selatan sebagai satu langkah dalam program mengecilkan menggondol dan menggugurkan daunan dan tumbuhan .
Objectif utama ialah untuk mengecilkan rimbunan hutan supaya tentera Komunis tidak boleh berlindung dibawahnya dan menghalang tentera mendapat hasil tanaman.
Objektif kedua ialah untuk pembersihan setempat di sekeliling markas dan mengumpulkan rakyat tempatan supaya berlindung didalam kawasan dalam seliaaan Vietnam Selatan.
Semenjak 1980han beberapa tindakan undang-undang telah difailkan terhadap syarikat -syarikat yang mengeluarkan agent orange termasuk Dow Chemical, Monsanto dan Diamong Shamrock.
Penulis berkeyakinan tinggi kesan agent orange juga telah menjangkiti sebahagian rakan rakan di Malaysia yang pernah ke Vietnam terutamanya akibat kesan "defoliant" sehingga menghinggapi tubuh badan .
Subscribe to:
Comments (Atom)
