Wednesday, July 22, 2009

Haji Abdul Rahman Limbong


Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.Bagaimanapun ahli-ahli sejarah tidak mencatatkan secara komprehensif peranan besar Tok Limbong selain dakwaan beliau mengepalai sekumpulan penduduk Hulu Terengganu mengangkat senjata bagi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara pada sekitar 1920-an.Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan Tani Terengganu",

Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja.Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

Cicit beliau, Mohd Ghazali Abdullah berkata moyangnya yang dibesarkan di Pahang menerima gelaran Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong kerana beliau pernah berkampung di satu tempat bernama Limbong di Kemaman. Kampung itu juga menjadi persinggahan tetapnya ketika mengendalikan urusan perniagaan di pesisiran pantai.Mohd Ghazali berkata pembabitan moyangnya dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.

Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.Menurut Mohd Ghazali peraturan yang menindas itu menyebabkan sekumpulan petani di Hulu Terengganu melancarkan bantahan dengan tidak mengendahkan larangan terhadap pengambilan tumbuh-tumbuhan liar itu sepanjang Julai dan Ogos 1921.Akibatnya, 43 orang daripada petani terbabit telah disaman dan dibicarakan di mahkamah rendah Kuala Terengganu atas tuduhan membuka tanah tanpa kebenaran.

Walaupun sibuk dengan urusan perniagaan dan dakwah, peristiwa itu menggamit Tok Limbong untuk tampil membantu. Lantas beliau memohon dan memperolehi lesen untuk membela nasib petani-petani berkenaan dalam perbicaraan yang menarik tumpuan ribuan rakyat Terengganu.Dengan menggunakan panduan daripada Quran dan sunnah Rasul, walaupun dalam perbicaraan yang dijalankan di mahkamah sivil, pihak pendakwa gagal mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan Tok Limbong, sekali gus memberi kemenangan kepada 43 petani terbabit.Kemenangan sekali lagi berpihak kepada Tok Limbong ketika kes itu diulangbicara di mahkamah tinggi.Tok Limbong yang berniaga menggunakan "perahu besar" dikatakan sedang berada dalam perjalanan dari Beserah di Pahang ke Legor di Thailand apabila sekumpulan penduduk yang terlalu benci dengan kehadiran Inggeris di tanahair mereka melancarkan kebangkitan bersenjata di Padang Kacong, Telemong, Hulu Terengganu pada 21 Mei 1928.Ia adalah susulan beberapa serangan yang menyaksikan antara lain pihak pejuang berjaya menawan balai polis Kuala Berang.

Dalam pertempuran di Padang Kacong itu, 12 penduduk kampung, termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Tok Janggut (bukan Tok Janggut yang terbabit dalam kebangkitan menentang penjajah di Kelantan) terkorban akibat tembakan.Pihak Inggeris yakin Tok Limbong adalah dalang di sebalik kebangkitan itu dan terus mengenakan tekanan ke atas Sultan agar meletakkan Tok Limbong dalam tahanan.Tok Limbong dipanggil menghadap Sultan Sulaiman di Istana Maziah, walaupun urusan perniagaan dan dakwahnya belum selesai ketika itu.Tanpa sebarang perbicaraan, Tok Limbong ditahan dan seterusnya dibuang negeri, mula-mula ke Singapura di bawah tahanan pihak berkuasa Negeri-negeri Selat dan selepas itu ke Mekah di mana beliau meninggal dunia 15 bulan kemudian.Menurut Mohd Ghazali, semasa di Mekah moyangnya menginap di sebuah rumah wakaf berhampiran Masjidil Haram di mana beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya mengajar agama. Malangnya janji kerajaan negeri ketika itu untuk menghantarnya elaun bulanan jika beliau berangkat ke Mekah tidak pernah dikota.GENERASI WARISANTidak banyak yang diketahui tentang apa yang berlaku selepas itu, terutama tentang harta benda dan urusan perniagaannya, kecuali generasi warisannya yang masih ramai boleh ditemui di sekitar Pulau Musang, Kuala Terengganu dan makam 12 pahlawan Melayu itu yang diabadikan di Padang Kacong, Kuala Telemong.Walaupun sejarah tidak mencatatkan bahawa batang tubuh Tok Limbong pernah turun ke gelanggang tempur, yang pastinya semangat juang yang ditiup ke dalam sanubari orang Melayu ketika itu sedikit sebanyak turut mempengaruhi semangat generasi selepasnya untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Friday, July 17, 2009

Sampai Pagi


Dangdut is a genre of art music that developed in Indonesia. This form of music rooted in Malay music from the 1940s. In its evolution to contemporary forms, influence of music elements of India (especially the use of the tabla) and Arabic (in the twisted and harmonization).In the late 1960s , the influence of western music with a strong use of electric guitar has entered into the genre . Since 1970s Dangdut can be said to has evolved to its contemporary form.


As popular music, Dangdut is open to the influence of other forms of music, ranging from Keroncong, melody, gamelan, gambus, rock, pop, and even house music.


The opening up of dangdut halls in Malaysia have given rise to a vibrant sub culture and prominent male and female dancers.






Wednesday, July 15, 2009

Agent Orange







Ketika Perang Nusa Vietnam antara 1962 dan 1971 , Amerika Syarikat telah menyembor 77 juta liter kimia penggugur daun di Vietnan Selatan sebagai satu langkah dalam program mengecilkan menggondol dan menggugurkan daunan dan tumbuhan .

Objectif utama ialah untuk mengecilkan rimbunan hutan supaya tentera Komunis tidak boleh berlindung dibawahnya dan menghalang tentera mendapat hasil tanaman.

Objektif kedua ialah untuk pembersihan setempat di sekeliling markas dan mengumpulkan rakyat tempatan supaya berlindung didalam kawasan dalam seliaaan Vietnam Selatan.


Semenjak 1980han beberapa tindakan undang-undang telah difailkan terhadap syarikat -syarikat yang mengeluarkan agent orange termasuk Dow Chemical, Monsanto dan Diamong Shamrock.



Penulis berkeyakinan tinggi kesan agent orange juga telah menjangkiti sebahagian rakan rakan di Malaysia yang pernah ke Vietnam terutamanya akibat kesan "defoliant" sehingga menghinggapi tubuh badan .









Hit Counter

Monday, July 13, 2009

Di Wajah Mu Ku Lihat Bulan

Lagu Diwajah Mu Ku Lihat Bulan ini mempunyai pelbagai versi.



Versi yang di tampalkan ini dinyanyikan oleh Hetty Koes Endang dan juga versi nyanyian Sam Saimun .



Penulis lebih menggemari versi nyanyian dan susunan lagu versi Sam Saimun.



Ianya ditujukan kepada pembaca yang akan mengundi di Pilihan Raya Kecil N 41 Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 14 Julai 2009 ini.











Surat Nak Kahwin Lagi.



Dibawah ini ada satu warkah yang menarik untuk digunakan sebagai template kegunaan awam. Warkah ini pun penulis cilok kat internet. Semuga dapat di manafaatkan bersama.


Surat Nak Kahwin Lagi.



Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa,24300,

KemamanTerengganu.


Isteri binti Perempuan

17, Jalan Angkasa,24300,

KemamanTerengganu.

31 April 2008


Puan,


PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklahjika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satukekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kitadi dalam organisasi keluarga kita.

Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.


3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untukmengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemuaduit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telahhilang selama ini.


4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidupkita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi sepertisekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.


5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?


6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya inikerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita inibersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyumanpenuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan, bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.


7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmusebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalamkeluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masakini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahunyang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapikali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan olehsaya sepenuhnya.


8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapatmelaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian,


Terima Kasih.


"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,


Suami bin Lelaki


Nota :


En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah PuanIsteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang?".Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepadaisteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim danpenerima. Kalau anda berani cubalah.

Wednesday, July 1, 2009

MUHIBBAH





Sesiapa yang membesar dan bersekolah di Malaysia era pasca 13 Mei 1969 hingga awal 70han pasti akan boleh menyanyikan lagu MUHIBAH. Lagu ini mempunyai rentak bersemangat .





MUHIBBAH




Muhibbah Muhibbah



Itulah amalan kita semua



Muhibbah Muhibbah



Sejak sedari zaman purbakala



Tunaikanlah ikrar



Satu nusa satu bangsa merdeka



Satu loghat dan satu suara



Dalam Malaysia jaya( korus )



Junjung tinggi cita-cita bangsa



Hormatilah perlembagaanya



Marilah kita berganding tangan



Hapuskanlah jurang perbezaan



Muhibbah Muhibbah



Gema bersatu padu satu bangsa



Negara 'kan makmur bahgia



Dalam Malaysia jaya



( ulang dari korus )



Kanak kanak Malaysia dari semua etnik dan kaum era pasca 13 Mei di tanamkan semangat bersatu padu. Bersatu menentang kejahatan, rasuah dan lain lain perkara onar. Mereka semua membesar dalam suasana bersatu dan muhibbah membenci kejahatan oleh semua pihak tanpa kompromi.



Jika kerajaan semasa yang memerintah dapat memupuk semula nilai-nilai murni seperti tempoh hari , penulis berkeyakinan banyak permasalahan hubungan kaum dapat dibenteras.



Di Kemaman, orang Melayu , China dan India bersatu padu memakan nasi lemak dan meminum kopi di Kedai Kopi Hai Peng. Pelbagai golongan melanggani tempat tersohor ini. Topik -topik utama perbincangan merangkumi cara cara mengejas projek-projek kerajaan atau swasta yang bernilai puluhan juta hingga ke ratusan juta ringgit.