Gerakan reformasi adalah sejenis gerakan sosial yang bertujuan untuk membuat perubahan bertahap, atau perubahan pada aspek tertentu dari masyarakat yang berbeza dari gerakan yang lebih radikal seperti gerakan social yang radikal seperti gerakan revolusi. Ide para reformis sering betunjang liberalisme, meskipun mungkin berakar dalam utopisma, sosialisme atau agama konsep. Beberapa tokoh reformis mengendalikan transformasi peribadi seperti Mahatma Gandhi dengan ikon alat pemintal kain dan perubahan ekonomi desa sebagai cara dan alat dalam perubahan social meskipun ianya hanya satu simbol. Timbal balas dari gerakan ini akan ujud gerakan jumud yang akan berusaha untuk menggagalkan usaha ini dan menempatkan sesuatu kembali dengan cara apapun sebelum ide ini berhasil, atau mencegah keberhasilannya dari awal lagi. Seperti biasanya penulis titipkan irama yang dianggap bersesuaian untuk tulisan tulisan nya. Ada sebuah lagu yang berintipati kritisme dan satu lagu yang lebih santai dari era beatniks yakni The Beatles.Thursday, August 13, 2009
REFORMASI
Gerakan reformasi adalah sejenis gerakan sosial yang bertujuan untuk membuat perubahan bertahap, atau perubahan pada aspek tertentu dari masyarakat yang berbeza dari gerakan yang lebih radikal seperti gerakan social yang radikal seperti gerakan revolusi. Ide para reformis sering betunjang liberalisme, meskipun mungkin berakar dalam utopisma, sosialisme atau agama konsep. Beberapa tokoh reformis mengendalikan transformasi peribadi seperti Mahatma Gandhi dengan ikon alat pemintal kain dan perubahan ekonomi desa sebagai cara dan alat dalam perubahan social meskipun ianya hanya satu simbol. Timbal balas dari gerakan ini akan ujud gerakan jumud yang akan berusaha untuk menggagalkan usaha ini dan menempatkan sesuatu kembali dengan cara apapun sebelum ide ini berhasil, atau mencegah keberhasilannya dari awal lagi. Seperti biasanya penulis titipkan irama yang dianggap bersesuaian untuk tulisan tulisan nya. Ada sebuah lagu yang berintipati kritisme dan satu lagu yang lebih santai dari era beatniks yakni The Beatles.Wednesday, July 22, 2009
Haji Abdul Rahman Limbong

Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.Bagaimanapun ahli-ahli sejarah tidak mencatatkan secara komprehensif peranan besar Tok Limbong selain dakwaan beliau mengepalai sekumpulan penduduk Hulu Terengganu mengangkat senjata bagi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara pada sekitar 1920-an.Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan Tani Terengganu",
Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja.Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.
Cicit beliau, Mohd Ghazali Abdullah berkata moyangnya yang dibesarkan di Pahang menerima gelaran Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong kerana beliau pernah berkampung di satu tempat bernama Limbong di Kemaman. Kampung itu juga menjadi persinggahan tetapnya ketika mengendalikan urusan perniagaan di pesisiran pantai.Mohd Ghazali berkata pembabitan moyangnya dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.
Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.Menurut Mohd Ghazali peraturan yang menindas itu menyebabkan sekumpulan petani di Hulu Terengganu melancarkan bantahan dengan tidak mengendahkan larangan terhadap pengambilan tumbuh-tumbuhan liar itu sepanjang Julai dan Ogos 1921.Akibatnya, 43 orang daripada petani terbabit telah disaman dan dibicarakan di mahkamah rendah Kuala Terengganu atas tuduhan membuka tanah tanpa kebenaran.
Walaupun sibuk dengan urusan perniagaan dan dakwah, peristiwa itu menggamit Tok Limbong untuk tampil membantu. Lantas beliau memohon dan memperolehi lesen untuk membela nasib petani-petani berkenaan dalam perbicaraan yang menarik tumpuan ribuan rakyat Terengganu.Dengan menggunakan panduan daripada Quran dan sunnah Rasul, walaupun dalam perbicaraan yang dijalankan di mahkamah sivil, pihak pendakwa gagal mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan Tok Limbong, sekali gus memberi kemenangan kepada 43 petani terbabit.Kemenangan sekali lagi berpihak kepada Tok Limbong ketika kes itu diulangbicara di mahkamah tinggi.Tok Limbong yang berniaga menggunakan "perahu besar" dikatakan sedang berada dalam perjalanan dari Beserah di Pahang ke Legor di Thailand apabila sekumpulan penduduk yang terlalu benci dengan kehadiran Inggeris di tanahair mereka melancarkan kebangkitan bersenjata di Padang Kacong, Telemong, Hulu Terengganu pada 21 Mei 1928.Ia adalah susulan beberapa serangan yang menyaksikan antara lain pihak pejuang berjaya menawan balai polis Kuala Berang.
Dalam pertempuran di Padang Kacong itu, 12 penduduk kampung, termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Tok Janggut (bukan Tok Janggut yang terbabit dalam kebangkitan menentang penjajah di Kelantan) terkorban akibat tembakan.Pihak Inggeris yakin Tok Limbong adalah dalang di sebalik kebangkitan itu dan terus mengenakan tekanan ke atas Sultan agar meletakkan Tok Limbong dalam tahanan.Tok Limbong dipanggil menghadap Sultan Sulaiman di Istana Maziah, walaupun urusan perniagaan dan dakwahnya belum selesai ketika itu.Tanpa sebarang perbicaraan, Tok Limbong ditahan dan seterusnya dibuang negeri, mula-mula ke Singapura di bawah tahanan pihak berkuasa Negeri-negeri Selat dan selepas itu ke Mekah di mana beliau meninggal dunia 15 bulan kemudian.Menurut Mohd Ghazali, semasa di Mekah moyangnya menginap di sebuah rumah wakaf berhampiran Masjidil Haram di mana beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya mengajar agama. Malangnya janji kerajaan negeri ketika itu untuk menghantarnya elaun bulanan jika beliau berangkat ke Mekah tidak pernah dikota.GENERASI WARISANTidak banyak yang diketahui tentang apa yang berlaku selepas itu, terutama tentang harta benda dan urusan perniagaannya, kecuali generasi warisannya yang masih ramai boleh ditemui di sekitar Pulau Musang, Kuala Terengganu dan makam 12 pahlawan Melayu itu yang diabadikan di Padang Kacong, Kuala Telemong.Walaupun sejarah tidak mencatatkan bahawa batang tubuh Tok Limbong pernah turun ke gelanggang tempur, yang pastinya semangat juang yang ditiup ke dalam sanubari orang Melayu ketika itu sedikit sebanyak turut mempengaruhi semangat generasi selepasnya untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Friday, July 17, 2009
Sampai Pagi

Wednesday, July 15, 2009
Agent Orange

Semenjak 1980han beberapa tindakan undang-undang telah difailkan terhadap syarikat -syarikat yang mengeluarkan agent orange termasuk Dow Chemical, Monsanto dan Diamong Shamrock.
Penulis berkeyakinan tinggi kesan agent orange juga telah menjangkiti sebahagian rakan rakan di Malaysia yang pernah ke Vietnam terutamanya akibat kesan "defoliant" sehingga menghinggapi tubuh badan .
Monday, July 13, 2009
Di Wajah Mu Ku Lihat Bulan
Versi yang di tampalkan ini dinyanyikan oleh Hetty Koes Endang dan juga versi nyanyian Sam Saimun .
Penulis lebih menggemari versi nyanyian dan susunan lagu versi Sam Saimun.
Ianya ditujukan kepada pembaca yang akan mengundi di Pilihan Raya Kecil N 41 Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 14 Julai 2009 ini.
Surat Nak Kahwin Lagi.

Wednesday, July 1, 2009
MUHIBBAH

Sesiapa yang membesar dan bersekolah di Malaysia era pasca 13 Mei 1969 hingga awal 70han pasti akan boleh menyanyikan lagu MUHIBAH. Lagu ini mempunyai rentak bersemangat .
MUHIBBAH
Muhibbah Muhibbah
Itulah amalan kita semua
Muhibbah Muhibbah
Sejak sedari zaman purbakala
Tunaikanlah ikrar
Satu nusa satu bangsa merdeka
Satu loghat dan satu suara
Dalam Malaysia jaya( korus )
Junjung tinggi cita-cita bangsa
Hormatilah perlembagaanya
Marilah kita berganding tangan
Hapuskanlah jurang perbezaan
Muhibbah Muhibbah
Gema bersatu padu satu bangsa
Negara 'kan makmur bahgia
Dalam Malaysia jaya
( ulang dari korus )
Kanak kanak Malaysia dari semua etnik dan kaum era pasca 13 Mei di tanamkan semangat bersatu padu. Bersatu menentang kejahatan, rasuah dan lain lain perkara onar. Mereka semua membesar dalam suasana bersatu dan muhibbah membenci kejahatan oleh semua pihak tanpa kompromi.
Jika kerajaan semasa yang memerintah dapat memupuk semula nilai-nilai murni seperti tempoh hari , penulis berkeyakinan banyak permasalahan hubungan kaum dapat dibenteras.
Di Kemaman, orang Melayu , China dan India bersatu padu memakan nasi lemak dan meminum kopi di Kedai Kopi Hai Peng. Pelbagai golongan melanggani tempat tersohor ini. Topik -topik utama perbincangan merangkumi cara cara mengejas projek-projek kerajaan atau swasta yang bernilai puluhan juta hingga ke ratusan juta ringgit.
Monday, June 29, 2009
Suatu hari di hari Isnin
Ada juga orang putih (dan yang tak putih) tak suka pada hari Isnin. Contoh bagi orang berkulit putih ialah kumpulan Boomtown Rats.
Biografi Penyanyi dan Ketua Kumpulan
Nama : Robert Frederick Zenon Geldof
Lahir : 5 October 1951
Tempat Lahir : County Dublin, Ireland
Terkenal : Penganjur siri konsert- konsert Live Aid
Bob Geldof adalah ketua kugiran Boomtown Rats, satu kumpulan bangsa Irish bergenre "New Wave" terkenal pada 1970han fan and 80han . Kugiran ini mempunyai setalian lagu hit di United Kingdom akan tetapi hanya mula terkenal ke seluruh dunia pada tahun 1979 dengan single "I Don't Like Mondays."
Untuk memahami saikoloji pembenci hari Isnin segolongan orang putih , sila buat analisa lirik tertampal dibawah.
Lirik Lagu
I Don't Like Monday
The silicon chip inside her head
Gets switched to overload,
And nobody's gonna go to school today,
She's going to make them stay at home,
And daddy doesn't understand it,
He always said she was as good as gold,
And he can see no reason
Cos there are no reasons
What reason do you need to be shown'
Tell me whyI don like Mondays'(x3)
I want to shoot The whole day down
The Telex machine is kept so clean
As it types to a waiting world,
And Mother feels so shocked,
Father's world is rocked,
And their thoughts turn to
Their own little girl
Sweet 16 ain't that peachy keen,
No, it ain't so neat to admit defeat,
They can see no reasons
Cos there are no reasons
What reason do you need'
Tell me whyI don like Mondays' (x3)
I want to shootThe whole day down
And now the playing's stoppedin the playground now
She wants to play with her toys a while
And school's out early andsoon we'll be learning
And the lesson today is how to die,
And then the bullhorn crackles,
And the captain crackles,
With the problems andthe how's and why's
And he can see no reasons
Cos there are no reasons
What reason do you need to die..dieohh~'
Tell me whyI don like Mondays' (x7)
I want to shootThe whole day down
